diaryemptyummi

Friday, March 4, 2011

SANTAPAN BUAT WANITA SOLEHAH

"SEBAIK2 WANITA IALAH YG TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK D PANDANG OLEH LELAKI LAIN"

Aku tidak ingin d pandang cantik oleh lelaki .Biarlah aku hanya cantik d matamu.Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada d situ.Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina d perlakukan sebegitu seolah2 aku ini barang yg bisa dmiliki sesuka hati.Aku tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yg d kecewakan lantaran terlalu mengharap sesuatu yg tidak dapat aku berikan.Bagaimana akn ku jawab dihadapan Allah kelak andai di tanya?Adakah itu sumbanganku kpd manusia selama hidup d muka bumi ini?Klau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain ,aku dululah yg perlu menundukkan pandanganku.Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yg d tuntut oleh Allah.Kalau aku ingin lelaki yg baik menjadi suamiku,aku juga perlu menjadi perempuan yg baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik.Tidak ku nafikan sebagai wanita aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi.Namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata2 untukmu.Allah telah memuliakn seorang lelaki yg bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yg suci.Bukan hati yg menjadi labuhan lelaki yg lain.Engkau berhak mendapat kasih yg tulen.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan NABI YUSUF A.S,juga harta seluas perbendaharaan NABI SULAIMAN A.S,atau kekuasaan seluas kerajaan NABI MUHAMMAD SAW,yg mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.Andainya kau jodohku yg tertulis d LAWH MAHFUZ,Allah pasti akn menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu.Itu janji Allah.Permintaanku tidak banyak,cukuplah kau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi.Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah kau akn mencintaiku keranaNya.Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.