diaryemptyummi

Saturday, November 13, 2010

PADAMU KU KEMBALI BERSUJUD

Ya Allah ...aku kembali kepadamu....aku sujud padaMu ya Allah....Engkau Maha Mengetahui akn hamba2Mu...aku insan yg byk melakukan kekhilafan,dosa ku padaMu terlalu besar ya Allah....ayah...ibu....saksikanlah.....dan pada Mu ya Allah ENGKAU menjadi saksi bahawa aku telah bertaubat nasuha padaMU....DAN AKU  berjanji tidak akn mengulangi kesalahan2 yg pernah aku lakukan....hanya satu ku pohon darimu ya Allah ...tunjukkanlah aku jalan yg lurus agar aku bisa kembali kepadaMu.......

MUTIARA KATA PERMATA KEHIDUPAN

BARANGSIAPA MENINGGALKAN KEMEWAHAN(HIDUP BERLEBIHAN)DAN MEMILIH HIDUP SEDERHANA (FAKIR )DI DUNIA,MAKA ALLAH SWT AKAN MEMBANGKITKANNYA PADA HARI KIAMAT BERSAMA PARA NABI AS DAN PARA WALI

MANFAAT QIAMULLAIL

1)MEMBERSIH DAN MENCERAHKAN JIWA
2)MENGHILANGKAN PENYAKIT DRPD TUBUH
3)MELATIH KESABARAN
4)MELINDUNGI DRPD DOSA DAN MAKSIAT
5)MELATIH KEIKHLASAN



AMALAN QIAMULLAIL
a)memberus gigi
b)memulakan qiamullail dengan membaca quran dan berdoa
c)menunaikan solat
d)zikir sesudah bersolat

Friday, November 12, 2010

NILAI KEISTIMEWAAN QIAMULLAIL

1)KEBIASAAN ORANG2 SOLIH
Tiada dikalangan para rasul,nabi,wali dan ulama salaf yg meninggalkan solat tahajud dan qiamullail.Inilah ciri orang soleh yg terdahulu.Mereka melaksanakan sunah ini dengan ikhlas.Ini kerana qiamullail adalah amalan yg dianjurkan dan dicintai ALLAH.Bahkan ada sesetengah diantara mereka yg menghabiskan malam mereka bg mendekatkan diri kpd Allah.Mereka mengerjakan solat subuh dengan wuduk solat IsyakQiamullail adalah kebiasaan orang solih .Ia tanda kesolehan seseorang manusia.Selagi kita belum rajin qiamullail,maka kita belum tergolong dalam golongan orang solih.Orang solih adalah orang yg memanfaatkan malamnya bg beribadah kepada ALLAH.Ini kerana mereka mengenal diri mereka sendiri dan tuhan mereka.Mereka tahu apa yg manusia perlu lakukan demi tuhannya.ALLAH BERFIRMAN;

SURAH ALI IMRAN,AYAT 13~Ahli kitab itu tidaklah semuanya sama.Diantara mereka ada golongan yg sudah memeluk islam.Mereka membaca ayat2 ALLAH pd waktu malam dan mereka juga mengerjakan sembahyang.
 Ayat ini menerangkan salah satu sifat dan kebiasaan sesetengah drpd ahli kitab yg benar adalah bangun malam bg bersolat dan membaca Quran.




2)AMALAN YG LEBIH UTAMA SELEPAS SOLAT FARDHU

 Rasullullah saw bersabda~solat yg utama selepas solat fardhu adalah qiamullail
 Ini kerana solat malam adalah ibadah yg diwajibkan bg beliau.Hukum kpd kita sebagai umatnya adalah sunat muakkad.Sunat muakkad adalah sesuatu yg kita sangat digalakkan bg dilakukan.
 Rasullulah saw bersabda~kamu wajar mengerjakan solat tahajud walaupun sesingkat masa memerah susu unta dan seperti sesingkat masa memerah susu kambing.


3) MENDAPAT KEMULIAAN

 Kemuliaan @pun darjat yg tinggi ini hanya diberikan kepada manusia yg dekat denganNya iaitu mereka yg suka menghidupkan malam dengan beribadah dan bermunajat kepadaNya.Dalam surah AL ISRAK~79ALLAH BERFIRMAN~QIAMULLAIL dapat meninggikan darjat disyurga.ALLAH berfirman kepada nabinya~Bangunlah pd sebahagian drpd waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud sebagai sembahyang tambahan bagimu.Semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yg terpuji.

 Rasullullah saw bersabda~Semulia2 umatku adalah para penghafal quran,ahli2al-quran,dan orang yg menggunakan malam mereka bg beribadah.
 ALLAH akan menempatkan orang yg qiamullail ditempat yg mulia disisiNya dan ALLAH membanggakannya didepan para malaikat.



4) AMAL IBADAH YG SERING DIKERJAKAN OLEH RASULLULLAH

 RASULLULLAH SAW BERSABDA~Ada 3 perkara yg wajib bgku dan kamu semua walaupun hukumnya sunat.3 perkara itu adalah solat witir ,memberus gigi dan qiamullail.Baginda bersabda lagi~Sesiapa yg mengerjakan solat malam dengan mencontohi aku ,maka urusan ALLAH memastikan dia kembali dan memasukkannya kedalam syurga.....



5) SALAH SATU PENYEBAB MASUK SYURGA

ALLAH menyifatkan ahli syurga sebagai mereka yg sedikit tidur pada waktu malam .FirmanNya~SURAH AL ZARIYAT~17
 Penghuni syurga itu sewaktu didunia mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
 Rasullullah saw bersabda~Sebarkanlah salam,berikanlah makan,rapatkanlah hubungan,bersolatlah pada waktu malam semasa manusia tertidur dan kemudian masuklah kedalam syurga dengan kedamaian.





6)MENJAUHKAN SEKSA DARI NERAKA
 
Mengapakah orang suka bersolat malam?jawapannya adalah kerana mereka takutkan azab neraka.Mereka tahu airmata orang yg bermunajat kepada ALLAH pd waktu malam dapat memadamkan api neraka. Pada zaman nabi ada seorang lelaki yg mana apabila manusia tidur ,beliau bersolat dan membaca quran.Kemudian beliau berkata ,wahai tuhanku,selamatkanlah aku drpd neraka.Hal itu diberitahu kpd nabi,baginda kemudian pergi kepadanya dan mendengar doanya.Keesokan paginya baginda bertanya,hai si polan,adakah engkau tidak meminta syurga drpd ALLAH,?Individu itu menjawab,Ya Rasullulah,aku tidak layak ke sana dan amalanku juga tidak layak ke sana.Tidak lama kemudian ,Jibril turun dan berkata,Berilah khabar kepada si polan,ALLAH sudah menyelamatkannya drpd neraka dan memasukkannya kedalam syurga.


7) MENGHILANGKAN KEMURKAAN TUHAN DAN MENYEJUKKAN KEPANASAN API NERAKA

Solat,wirid,zikir,membaca al-quran dan lain2 amalan pd tengah malam adalah amalan2 yg dapat menghilangkan kemurkaan tuhan dan menjauhkan kepanasan api neraka.Hal ini di nyatakan dalam hadis yg direkodkan IBNU UMAR:
 Kerjakanlah solat malam walaupun hanya satu rakaat,sesungguhnya solat malam dapat mencegah dosa,menghilangkan kemurkaan tuhan,dan mendinginkan panasnya api pada hari kiamat.Pernyataan nabi juga menjelaskan keutamaan solat malam adalah sama dengan bersedekah secara rahsia.Ini bermaksud jika bersedekah secara rahsia dapat menghilangkan kemurkaan ALLAH,maka solat malam pun dapat menghilangkan kemurkaan ALLAH.RASULLULLAH SAW bersabda
 Allah mempunyai malaikat yg berseru setiap kali solat,Wahai anak Adam,berdirilah atas api yg engkau kobarkan pd diri kamu semua lalu padamkanlah api itu dengan solat.

 
8)DIKAGUMI DAN DICINTAI ALLAH
 Tuhan kagum dengan 2 jenis manusia
 a)orang yg bangkit drpd alas tidor dan selimutnya,meninggalkan orang yg dicintainya dan keluarganya bg mengerjakan solat 
 b)orang yg berperang dijalan ALLAH
 c)orang yg bermusafir bersama orang yg berkenderaan ,mereka bangun solat pd akhir malam dalam keadan susah dan senang
  


9)MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA
 
Nabi saw bersabda~Dua rakaat pada tengah malam itu dapat menghapuskan kesalahan.Drpd Umar b Abasah ,beliau bertanya kpd nabi,wujudkah waktu yg lebih utama daripada waktu lain?Baginda membalas Allah memberikan kemurahannya pada tengah malam,lalu dia mengampunkan dosa kecuali syirik



10)MEMENDEKKAN MASA BERDIRI DI PADANG MAHSYAR

Bagi mereka yg rajin qiamullail dengan ikhlas ,mereka tidak perlu berdiri lama dipadang mahsyar.Allah meringankan penderitaan mereka.Ini kerana didunia dahulu,mereka merasai lamanya berdiri bagi bersolat dalam kegelapan malam.Allah berfirman SURAH AL INSAN AYAT 26-27~
Pada sebahagian dari waktu malam itu ,sujudlah kepada tuhan dengan mengerjakan sembahyang dan bertasbihlah memujinya pada bahagian yg panjang dari waktu malam.Sesungguhnya mereka yg menentangmu itu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia serta mereka tidak menghiraukan bekalan hari akhirat yg berat penderitaannya bagi mereka yg tidak bertaqwa.



11)SALAH SATU PERKARA YG MEMBOLEHKAN MANUSIA MENDAPAT KEAMPUNAN


 Rasullullah saw bersabda setiap mata itu menangis mengenangkan hari kiamat kecuali mata yg sudah menangis kerana takut akn ALLAH,mata yg tercungkil di jalan Allah,mata yg dipejam drpd hal2 yg diharamkan Allah dan mata yg berjaga semalaman.Allah memuji2 amalan ini kepada para malaikat sambil
berkata lihatlah hambaku.Rohnya ada disisiku dan jasadnya berada pada ketaatan kepadaku.Badannya terpisah drpd tempat tidur.Dia berdoa kepadaku dengan rasa takut tidak diterima dan mengharap akan rahmatku.Saksikanlah...sesungguhnya aku mengampunkannya.
 


12)LEBIH BAIK DARIPADA DUNIA SEISINYA
 
Rasullullah saw bersabda 2 rakaat yg dilakukan anak Adam pada bahagian yg terakhir drpd malam itu lebih baik baginya drpd dunia dan apa yg ada didalamnya.Seandainya tidak kerana takut memberkati umat,maka saya akan mewajibkan amalan itu ke atas mereka.
Menurut hadis ini ,2 rakaat yg dilakukan pada waktu malam adalah lebih baik daripada dunia seisinya.Nilai dunia dan segala isinya berbentuk harta,kedudukan ,perniagaan dan segala yg menggiurkan serta menyeronokkan adalah tidak setanding dengan nilai solat dua rakaat yg dilaksanakan pada akhir malam.

Thursday, November 11, 2010

KEUTAMAAN WAKTU SEPERTIGA MALAM TERAKHIR

Antara bahagian malam yg utama dan istimewa adalah sepertiga terakhir yg di sebut waktu sahar.Inilah sebabnya NABI YAAKUB  mengakhirkan istighfar buat anak2nya hingga waktu sahar,disebabkan waktu itu mempunyai kelebihan iaitu waktu yg terbaik bg mengharapkan doa di perkenankan.IBNU ATHAILLAH BERKATA :
 Doa mempunyai rukun2,sayap2,waktu2 dan sebab2nya.Apabila doa2 memenuhi rukun2nya,menjadi kuat.Apabila sayap2nya dipenuhi,ia terbang dilangit.Apabila ia sesuai dengan waktu2nya,ia beruntung.Apabila ia bertepatan dengan sebab2nya,ia berhasil.  
    



 ERTI MALAM DN PEMBAHAGIANNYA  

 Drpd segi syarak 4 imam besar berpendapt,siang bermula apabila terbitnya fajar.Siang adalah waktu dr terbitnya fajar hingga matahari terbenam.Malam pula bermula drpd saat terbenamnya matahari hingga terbitnya fajar.Malam berakhir apabila terbitnya fajar sadiq.Itu adalah pandangan mazhab syafie dan semua ulama.Rasullullah saw membahagikan malam kpd 6 bahagian.Dua perenam pertama aktiviti makan malam.Satu perenam seterusnya bg berehat.Satu perenam keempat dan kelima bg beribadah dan baki satu perenam lagi di gunakan bagi berehat.Inilah cara baginda membahagikan waktu malamnya.


a)2/6 pertama di gunakan bg makan-diketegorikan sepertiga pertama drpd malam,waktu yg baik bg menunaikan solat isyak

b)1/6 yg kedua bg aktiviti tidor dan berehat

c)2/6 yg keempat dan kelima -sepertiga terakhir dr malam bg qiamullail

d)1/6 yg keenam (waktu sahar)bg berehat supaya solat subuh dapat di tunaikan dalam keadaan segar


 

HEBATNYA WAKTU MALAM

Wednesday, November 10, 2010

MENDATANGKAN KONSENTRASI DAN KEKHUSYUKAN

Keheningan,kesunyian dan kesejukkan malam menyimpan kekuatan luar biasa kepada jiwa manusia bagi memperoleh kekuatan batin dan ilmu pengetahuan.Pada waktu malam fikiran kita menjadi jernih ,disebabkan fikiran kita tidak dibebani permasalahan dunia.Dalam keadaan ini kita lebih berupaya memusatkan fikiran,menajamkan perasaan,dan mencurahkan segala isi hati.Al-quran menjelaskan ,SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 6,sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam itu lebih kuat kesannya kepada jiwa
 dan lebih betul bacaannya.
Dalam ayat ini,NAASYIATUL LAIL bermaksud kemunculan keadaan2 rohaniah,penyingkapan keagungan ilahi,serta idea2 dan pemikiran cemerlang dalam kegelapan malam.Pada ketika itu pancaindera menjadi kosong @pun bebas dr sebarang aktiviti.Keadaan ini dapat di peroleh pd waktu malam.Pada waktu siang pancaindera kita disibukkan dengan segala yg di rasakan.Pada waktu itu fikiran dan hati kita tertumpu pd perkara yg sedang kita lihat dan lakukan.Akibatnya kita sukar mencapai dimensi rohaniah.Biasanya bg mendapatkan ilmu2 tertentu,manusia bermeditasi dalam suasana yg hening.Dalam keheningan malam,orang itu dapat memperolehi ilmu melalui konsentrasi dan tafakur.Ilmu dapat di perolehi drpd 2 cara:
a)Ilmu yg diperoleh drp luar diri kita(ilmu usuli)
b)Ilmu yg diperoleh drp dalam diri kita(ilmu hudhuri)


Ilmu yg kedua inilah ilmu yg dianugerahkan secara langsung oleh ALLAH ke dalam diri kita.Tafakur adalah salah satu cara@jalan untuk kita mendapatkan ilmu ini.Sebaik2 tafakur adalah tafakur yg dilakukan dalam suasana hening.Sebaik2 keheningan adalah keheningan pd waktu malam.Ia juga adalah waktu yg tepat bg bermunajat dan berdialog dgn ALLAH.Orang yg bangun dalam keheningan malam lalu berzikir kepada ALLAH akn dapat menyatukan hati,rasa dan fikirannya.Dia dapat menumpukan perhatiannya pada satu matlamat iaitu tuhan yg disembahnya.Disebabkan tiada gangguan dr luaran spt bunyi bising@pun kesibukan dunia,penajaman konsentrasi akan dapat di lakukan dgn mudah.

PERASAAN yg dialami semasa bersolat malam adalah berbeza berbanding semasa melakukan solat biasa.Apabila manusia mengulang2kalimat ALLAH,maka rohnya akn naik ketempat tertinggi.Seterusnya dia akn berasa mudah melakukan tadabbur quran dan memahami maknanya.Pada waktu malam,kunci2 hati terbuka lalu hati menjadi bening,bersih dan ikhlas pd penciptanya.Pada waktu itulah kita dapat berdialog dgn ALLAH sepenuh hati.






KEKUATAN KAJI DIRI


Muhasabah adalah menilai diri dengan cara menghitung kesalahan yg dilakukan,supaya kita tidak akn mengulangi kesalahan yg sama @pun melakukan kesalahan yg berbeza.Semakin banyak orang itu melakukan kaji diri,semakin terbukalah lapisan yg menutupi kesedaran jiwanya.Muhasabah di lakukan secara berseorangan,bukan beramai2.Muhasabah yg berkesan adalah muhasabah yg dilakukan secara bersendirian iaitu dalam keheningan malam.Malam adalah waktu yg tepat bagi melakukan muhasabah.Itulah waktu bg kita berdialog dgn kesalahan diri kita sendiri dan memutuskan hubungan dengan kesalahan2 itu.Dalam suasana malam yg sunyi,mudah bagi kita melihat kesalahan yg pernah kita lakukan.Para ulama dan orang soleh banyak memanfaatkan waktu malam bagi memuhasabah diri dan menghitung amal perbuatan mereka mempersiapkan bekal amal ibadat serta bersiap sedia memanfaatkan hari esok dengan amalan yg lebih baik.SURAH AL-FATIR AYAT 29............mereka dgn amalan yg demikian,mengharapkan perniagaan yg tidak akn rugi...






MEWUJUDKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DALAM BERAMAL

Ikhlas bermaksud beribadah semata2 kerana ALLAH,demi mendapatkan keredhaanNya dan suka dengan apa yg ada disisiNya.Sebenarnya keikhlasan tiada kaitan dengan keadaan yg spesifik.Ini adalah krn keikhlasan adalah kerja hati.Manusia dikira ikhlas apabila niatnya beramal hanyalah kerana ALLAH.Niatnya kekal ikhlas tidak kiralah samada dia beramal secara terang-terangan,@secara rahsia.Kunci keikhlasan terletak dalam hati.Bagi memperoleh keikhlasan,latihan diperlukan,bermaksud kita perlu berlatih supaya hati kita menjadi ikhlas.Salah satu caranya adalah dengan merahsiakan amalan yg kita lakukan.BERAMAL SECARA TERANG-TERANGAN biasanya menimbulkan kesan yg merosakkan amalan,seperti suma'h (suka amalnnya didengari org),riak,bangga diri,sombong,suka dipuji dll.Mereka yg beramal secara rahsia juga tidak terlepas daripada penyakit2 hati itu.Walaubagaimanapun,dengan beramal secara rahsia,kita dapat meminimumkan risiko penyakit yg boleh merosakkan keikhlasan kita.SABDA RASULLULLAH SAW:

Sebaik2 zikir adalah yg tersembunyi,dan sebaik2 rezeki adalah yg mencukupi...

Zikir@amalan yg dilakukan secara rahsia adalah bukti keikhlasan,kejujuran,kecintaan dan keintiman manusia dengan ALLAH.Dalam kesunyian dan semasa bersendirian pada waktu malam,tahap keikhlasan orang itu benar2 diuji.SABDA NABI;  ALLAH menyukai titisan darah muslim yg berjuang di jalan ALLAH,dan titisan airmata dalam kegelapan malam kerana takutkan ALLAH,dalam keadaan hanya ALLAH melihatnya.



ALLAH menurunkan wahyu kpd nabi Daud;
 
Suatu yg bohong bg orang yg mengaku mencintaiKu,tetapi ketika malam sudah gelap dia tertidur meninggalkan Ku,Bukankah setiap kekasih itu suka bertemu dengan kekasihnya?Ingatlah,Aku sentiasa ada bg orang yg mencariKu..




MENGINGATI MATI

Waktu malam mempunyai persamaan dengan alam kubur.Malam menggambarkan suasana  alam kubur.Kegelapan malam,kesunyian,berada bersendirian dan bahaya yg diakibatkan malam,membuka mata hati supaya kita dapat melihat peristiwa2 dan perkara yg terjadi di alam kubur.MUKMIN@ORANG BERIMAN adalah golongan yg mempercayai kewujudan seksa dan nikmat kubur.Mereka takutkan kemurkaan ALLAH yg ditunjukkan selepas kematian dan seksa neraka di akhirat kelak.Pada waktu malam,hati dan fikiran mukmin terusik apabila mengingati mati dan segala yg berlaku sesudah kematian.Ini menyebabkan orang soleh sentiasa gelisah dan mendorong mereka supaya sentiasa memanfaatkan malam mereka dengan bermunajat dan beribadah kepada ALLAH.


 

Tuesday, November 9, 2010

ENERGI WAKTU MALAM

APAKAH YG MEMBUATKAN WKTU MALAM BEGITU ISTIMEWA?

APAKAH RAHSIA YG TERSIMPAN DALAM WAKTU MALAM?
a)Menghidupkan membuka mata batin
Gelap adalah lawan bg terang.Kita hanya mengetahui terangnya siang di sebabkan adanya kegelapan malam.Hal ini krn kita dpt mengetahui sesuatu dgn jelas apabila kita mengetahui lawannya.Misalnya kebenaran akan jelas kelihatan jika dibandingkan dgn kebatilan.Kejujuran pula kelihatan jelas apabila dibanding dgn pengkianatan dan kebohongan.Selain itu,kekayaan pula terserlah apabila wujudnya kemiskinan.Sekiranya terdapat hanya satu warna dalam kehidupan,maka sudah tentu konsep warna itu sendiri tidak wujud.Sekiranya hanya terdapat terang@siang kita sukar mengetahui keadaan alam yg sebenarnya.Bukankah kita hanya mengetahui dan menyedari kewujudan matahari selepas ia terbenam.Sesungguhnya Allah adalah hakikat yg wujud secara terang dn jelas.Cahaya Allah terbias pd diri kita dan seluruh alam semesta seisinya.Segala sesuatu yg wujud di alam semesta ini mnjadi bukti kewujudanNya.Ini krn ia di cipta oleh Allah.Walaupun begitu,disebabkan kewujudan Allah begitu terang dan jelas maka hati kita sering kali buta dan lupa.Maka kebenaran dan keagungan Allah hanya tampak jelas pd saat munculnya waktu malam yg gelap.




Dalam kegelapan malam,fikiran dan ruh manusia naik merentasi dunia material,hingga ia mampu menembusi tabir alam material.Mata hati kita terbuka lalu menemui kebenaran yg selama ini terselindung disebabkan terangnya sinar matahari.Dgn demikian,terbukalah tabir dan sempurnalah penglihatn kita pd kewujudan kerajaan langit dan bumi.Roh manusia tidak mampu melihat dan terhalang drpd nur@cahaya disebabkan kewujudan tabir kedua yg menyibukkan diri dgn perkara selain drpd ALLAH Pd waktu siang ,manusia sering di sibukkan dgn pelbagai aktiviti,sehingga ia mnjadi penghalang antara dirinya dgn tuhanSemakin besar tabir itu tersingkap ,semakin jelaslah nur Ilahi..

Ketenangan Yg ku cari....

SEGALA PUJI BG ALLAH TUHAN YG SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA DAN KEAMPUNANNYA PADA WAKTU MALAM......SELAWAT DN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW ,SETERUSNYA BUAT KELUARGA DN PARA SAHABAT BAGINDA....
MENGAPAKAH WAKTU MALAM BEGITU HEBAT?Ini adalah krn ia adalah waktu istimewa bg manusia berkomunikasi secara ghaib dgn tuhannya.Ia juga adalah waktu ALLAH melimpahkan kekuatan spiritual rahmat dn kasih sayangNya..Pd setiap malam terdapat waktu mustajab yg di janjikan Allah.Rasullullah saw bersabda;Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pd setiap malam lalu berkata:Adakah wujud orang yg berdoa supaya aku dapat kabulkannya?Adakah wujud orang yg memohon ampun supaya aku dapat mengampuninya?Ini bermakna setiap saat pd waktu malam diselubungi rahmat,keampunan dan kasih sayang Allah.Pd waktu malam yg gelap sunyi,Allah turun ke langit dunia dn mendekati hamba2nya.Malam adalah waktu di mana kekuatan batin dan ruh bersinar
 
  




PERKARA2 HEBAT YG BERLAKU PD WAKTU MALAM:


1)WAKTU ISRAK MIKRAJ RASULLULLAH SAW
2)WAKTU NABI MUSA MNDAPAT PETUNJUK DRPD TUHANNYA DI WADI TUWA
3)WAKTU NABI MUSA BERMUNAJAT KPD TUHAN DI BUKIT TURSINA
4)WAKTU NABI IBRAHIM MNDAPT PERINTH DRPD ALLAH UTK MENYEMBELIH ANAKNYA
5)WAKTU NABI IBRAHIM MENYAKSIKAN TANDA2 KEBESARAN ALLAH DI BUMI
6)NABI DAUD RUKU DAN SUJUD MEMINTA AMPUN DRPD ALLAH PD WAKTU MALAM
7)ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN PD WAKTU MALAM
8)SUHUFIBRAHIM,KITAB ZABUR,TAURAT DAN INJIL DI TURUNKAN PD WAKTU MALAM

Ketenangan Yg ku cari....