diaryemptyummi

Wednesday, November 10, 2010

MENDATANGKAN KONSENTRASI DAN KEKHUSYUKAN

Keheningan,kesunyian dan kesejukkan malam menyimpan kekuatan luar biasa kepada jiwa manusia bagi memperoleh kekuatan batin dan ilmu pengetahuan.Pada waktu malam fikiran kita menjadi jernih ,disebabkan fikiran kita tidak dibebani permasalahan dunia.Dalam keadaan ini kita lebih berupaya memusatkan fikiran,menajamkan perasaan,dan mencurahkan segala isi hati.Al-quran menjelaskan ,SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 6,sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam itu lebih kuat kesannya kepada jiwa
 dan lebih betul bacaannya.
Dalam ayat ini,NAASYIATUL LAIL bermaksud kemunculan keadaan2 rohaniah,penyingkapan keagungan ilahi,serta idea2 dan pemikiran cemerlang dalam kegelapan malam.Pada ketika itu pancaindera menjadi kosong @pun bebas dr sebarang aktiviti.Keadaan ini dapat di peroleh pd waktu malam.Pada waktu siang pancaindera kita disibukkan dengan segala yg di rasakan.Pada waktu itu fikiran dan hati kita tertumpu pd perkara yg sedang kita lihat dan lakukan.Akibatnya kita sukar mencapai dimensi rohaniah.Biasanya bg mendapatkan ilmu2 tertentu,manusia bermeditasi dalam suasana yg hening.Dalam keheningan malam,orang itu dapat memperolehi ilmu melalui konsentrasi dan tafakur.Ilmu dapat di perolehi drpd 2 cara:
a)Ilmu yg diperoleh drp luar diri kita(ilmu usuli)
b)Ilmu yg diperoleh drp dalam diri kita(ilmu hudhuri)


Ilmu yg kedua inilah ilmu yg dianugerahkan secara langsung oleh ALLAH ke dalam diri kita.Tafakur adalah salah satu cara@jalan untuk kita mendapatkan ilmu ini.Sebaik2 tafakur adalah tafakur yg dilakukan dalam suasana hening.Sebaik2 keheningan adalah keheningan pd waktu malam.Ia juga adalah waktu yg tepat bg bermunajat dan berdialog dgn ALLAH.Orang yg bangun dalam keheningan malam lalu berzikir kepada ALLAH akn dapat menyatukan hati,rasa dan fikirannya.Dia dapat menumpukan perhatiannya pada satu matlamat iaitu tuhan yg disembahnya.Disebabkan tiada gangguan dr luaran spt bunyi bising@pun kesibukan dunia,penajaman konsentrasi akan dapat di lakukan dgn mudah.

PERASAAN yg dialami semasa bersolat malam adalah berbeza berbanding semasa melakukan solat biasa.Apabila manusia mengulang2kalimat ALLAH,maka rohnya akn naik ketempat tertinggi.Seterusnya dia akn berasa mudah melakukan tadabbur quran dan memahami maknanya.Pada waktu malam,kunci2 hati terbuka lalu hati menjadi bening,bersih dan ikhlas pd penciptanya.Pada waktu itulah kita dapat berdialog dgn ALLAH sepenuh hati.






KEKUATAN KAJI DIRI


Muhasabah adalah menilai diri dengan cara menghitung kesalahan yg dilakukan,supaya kita tidak akn mengulangi kesalahan yg sama @pun melakukan kesalahan yg berbeza.Semakin banyak orang itu melakukan kaji diri,semakin terbukalah lapisan yg menutupi kesedaran jiwanya.Muhasabah di lakukan secara berseorangan,bukan beramai2.Muhasabah yg berkesan adalah muhasabah yg dilakukan secara bersendirian iaitu dalam keheningan malam.Malam adalah waktu yg tepat bagi melakukan muhasabah.Itulah waktu bg kita berdialog dgn kesalahan diri kita sendiri dan memutuskan hubungan dengan kesalahan2 itu.Dalam suasana malam yg sunyi,mudah bagi kita melihat kesalahan yg pernah kita lakukan.Para ulama dan orang soleh banyak memanfaatkan waktu malam bagi memuhasabah diri dan menghitung amal perbuatan mereka mempersiapkan bekal amal ibadat serta bersiap sedia memanfaatkan hari esok dengan amalan yg lebih baik.SURAH AL-FATIR AYAT 29............mereka dgn amalan yg demikian,mengharapkan perniagaan yg tidak akn rugi...






MEWUJUDKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DALAM BERAMAL

Ikhlas bermaksud beribadah semata2 kerana ALLAH,demi mendapatkan keredhaanNya dan suka dengan apa yg ada disisiNya.Sebenarnya keikhlasan tiada kaitan dengan keadaan yg spesifik.Ini adalah krn keikhlasan adalah kerja hati.Manusia dikira ikhlas apabila niatnya beramal hanyalah kerana ALLAH.Niatnya kekal ikhlas tidak kiralah samada dia beramal secara terang-terangan,@secara rahsia.Kunci keikhlasan terletak dalam hati.Bagi memperoleh keikhlasan,latihan diperlukan,bermaksud kita perlu berlatih supaya hati kita menjadi ikhlas.Salah satu caranya adalah dengan merahsiakan amalan yg kita lakukan.BERAMAL SECARA TERANG-TERANGAN biasanya menimbulkan kesan yg merosakkan amalan,seperti suma'h (suka amalnnya didengari org),riak,bangga diri,sombong,suka dipuji dll.Mereka yg beramal secara rahsia juga tidak terlepas daripada penyakit2 hati itu.Walaubagaimanapun,dengan beramal secara rahsia,kita dapat meminimumkan risiko penyakit yg boleh merosakkan keikhlasan kita.SABDA RASULLULLAH SAW:

Sebaik2 zikir adalah yg tersembunyi,dan sebaik2 rezeki adalah yg mencukupi...

Zikir@amalan yg dilakukan secara rahsia adalah bukti keikhlasan,kejujuran,kecintaan dan keintiman manusia dengan ALLAH.Dalam kesunyian dan semasa bersendirian pada waktu malam,tahap keikhlasan orang itu benar2 diuji.SABDA NABI;  ALLAH menyukai titisan darah muslim yg berjuang di jalan ALLAH,dan titisan airmata dalam kegelapan malam kerana takutkan ALLAH,dalam keadaan hanya ALLAH melihatnya.



ALLAH menurunkan wahyu kpd nabi Daud;
 
Suatu yg bohong bg orang yg mengaku mencintaiKu,tetapi ketika malam sudah gelap dia tertidur meninggalkan Ku,Bukankah setiap kekasih itu suka bertemu dengan kekasihnya?Ingatlah,Aku sentiasa ada bg orang yg mencariKu..




MENGINGATI MATI

Waktu malam mempunyai persamaan dengan alam kubur.Malam menggambarkan suasana  alam kubur.Kegelapan malam,kesunyian,berada bersendirian dan bahaya yg diakibatkan malam,membuka mata hati supaya kita dapat melihat peristiwa2 dan perkara yg terjadi di alam kubur.MUKMIN@ORANG BERIMAN adalah golongan yg mempercayai kewujudan seksa dan nikmat kubur.Mereka takutkan kemurkaan ALLAH yg ditunjukkan selepas kematian dan seksa neraka di akhirat kelak.Pada waktu malam,hati dan fikiran mukmin terusik apabila mengingati mati dan segala yg berlaku sesudah kematian.Ini menyebabkan orang soleh sentiasa gelisah dan mendorong mereka supaya sentiasa memanfaatkan malam mereka dengan bermunajat dan beribadah kepada ALLAH.


 

0 comments:

Post a Comment