diaryemptyummi

Tuesday, November 9, 2010

ENERGI WAKTU MALAM

APAKAH YG MEMBUATKAN WKTU MALAM BEGITU ISTIMEWA?

APAKAH RAHSIA YG TERSIMPAN DALAM WAKTU MALAM?
a)Menghidupkan membuka mata batin
Gelap adalah lawan bg terang.Kita hanya mengetahui terangnya siang di sebabkan adanya kegelapan malam.Hal ini krn kita dpt mengetahui sesuatu dgn jelas apabila kita mengetahui lawannya.Misalnya kebenaran akan jelas kelihatan jika dibandingkan dgn kebatilan.Kejujuran pula kelihatan jelas apabila dibanding dgn pengkianatan dan kebohongan.Selain itu,kekayaan pula terserlah apabila wujudnya kemiskinan.Sekiranya terdapat hanya satu warna dalam kehidupan,maka sudah tentu konsep warna itu sendiri tidak wujud.Sekiranya hanya terdapat terang@siang kita sukar mengetahui keadaan alam yg sebenarnya.Bukankah kita hanya mengetahui dan menyedari kewujudan matahari selepas ia terbenam.Sesungguhnya Allah adalah hakikat yg wujud secara terang dn jelas.Cahaya Allah terbias pd diri kita dan seluruh alam semesta seisinya.Segala sesuatu yg wujud di alam semesta ini mnjadi bukti kewujudanNya.Ini krn ia di cipta oleh Allah.Walaupun begitu,disebabkan kewujudan Allah begitu terang dan jelas maka hati kita sering kali buta dan lupa.Maka kebenaran dan keagungan Allah hanya tampak jelas pd saat munculnya waktu malam yg gelap.




Dalam kegelapan malam,fikiran dan ruh manusia naik merentasi dunia material,hingga ia mampu menembusi tabir alam material.Mata hati kita terbuka lalu menemui kebenaran yg selama ini terselindung disebabkan terangnya sinar matahari.Dgn demikian,terbukalah tabir dan sempurnalah penglihatn kita pd kewujudan kerajaan langit dan bumi.Roh manusia tidak mampu melihat dan terhalang drpd nur@cahaya disebabkan kewujudan tabir kedua yg menyibukkan diri dgn perkara selain drpd ALLAH Pd waktu siang ,manusia sering di sibukkan dgn pelbagai aktiviti,sehingga ia mnjadi penghalang antara dirinya dgn tuhanSemakin besar tabir itu tersingkap ,semakin jelaslah nur Ilahi..

0 comments:

Post a Comment