diaryemptyummi

Friday, November 12, 2010

NILAI KEISTIMEWAAN QIAMULLAIL

1)KEBIASAAN ORANG2 SOLIH
Tiada dikalangan para rasul,nabi,wali dan ulama salaf yg meninggalkan solat tahajud dan qiamullail.Inilah ciri orang soleh yg terdahulu.Mereka melaksanakan sunah ini dengan ikhlas.Ini kerana qiamullail adalah amalan yg dianjurkan dan dicintai ALLAH.Bahkan ada sesetengah diantara mereka yg menghabiskan malam mereka bg mendekatkan diri kpd Allah.Mereka mengerjakan solat subuh dengan wuduk solat IsyakQiamullail adalah kebiasaan orang solih .Ia tanda kesolehan seseorang manusia.Selagi kita belum rajin qiamullail,maka kita belum tergolong dalam golongan orang solih.Orang solih adalah orang yg memanfaatkan malamnya bg beribadah kepada ALLAH.Ini kerana mereka mengenal diri mereka sendiri dan tuhan mereka.Mereka tahu apa yg manusia perlu lakukan demi tuhannya.ALLAH BERFIRMAN;

SURAH ALI IMRAN,AYAT 13~Ahli kitab itu tidaklah semuanya sama.Diantara mereka ada golongan yg sudah memeluk islam.Mereka membaca ayat2 ALLAH pd waktu malam dan mereka juga mengerjakan sembahyang.
 Ayat ini menerangkan salah satu sifat dan kebiasaan sesetengah drpd ahli kitab yg benar adalah bangun malam bg bersolat dan membaca Quran.




2)AMALAN YG LEBIH UTAMA SELEPAS SOLAT FARDHU

 Rasullullah saw bersabda~solat yg utama selepas solat fardhu adalah qiamullail
 Ini kerana solat malam adalah ibadah yg diwajibkan bg beliau.Hukum kpd kita sebagai umatnya adalah sunat muakkad.Sunat muakkad adalah sesuatu yg kita sangat digalakkan bg dilakukan.
 Rasullulah saw bersabda~kamu wajar mengerjakan solat tahajud walaupun sesingkat masa memerah susu unta dan seperti sesingkat masa memerah susu kambing.


3) MENDAPAT KEMULIAAN

 Kemuliaan @pun darjat yg tinggi ini hanya diberikan kepada manusia yg dekat denganNya iaitu mereka yg suka menghidupkan malam dengan beribadah dan bermunajat kepadaNya.Dalam surah AL ISRAK~79ALLAH BERFIRMAN~QIAMULLAIL dapat meninggikan darjat disyurga.ALLAH berfirman kepada nabinya~Bangunlah pd sebahagian drpd waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud sebagai sembahyang tambahan bagimu.Semoga tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yg terpuji.

 Rasullullah saw bersabda~Semulia2 umatku adalah para penghafal quran,ahli2al-quran,dan orang yg menggunakan malam mereka bg beribadah.
 ALLAH akan menempatkan orang yg qiamullail ditempat yg mulia disisiNya dan ALLAH membanggakannya didepan para malaikat.



4) AMAL IBADAH YG SERING DIKERJAKAN OLEH RASULLULLAH

 RASULLULLAH SAW BERSABDA~Ada 3 perkara yg wajib bgku dan kamu semua walaupun hukumnya sunat.3 perkara itu adalah solat witir ,memberus gigi dan qiamullail.Baginda bersabda lagi~Sesiapa yg mengerjakan solat malam dengan mencontohi aku ,maka urusan ALLAH memastikan dia kembali dan memasukkannya kedalam syurga.....



5) SALAH SATU PENYEBAB MASUK SYURGA

ALLAH menyifatkan ahli syurga sebagai mereka yg sedikit tidur pada waktu malam .FirmanNya~SURAH AL ZARIYAT~17
 Penghuni syurga itu sewaktu didunia mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
 Rasullullah saw bersabda~Sebarkanlah salam,berikanlah makan,rapatkanlah hubungan,bersolatlah pada waktu malam semasa manusia tertidur dan kemudian masuklah kedalam syurga dengan kedamaian.





6)MENJAUHKAN SEKSA DARI NERAKA
 
Mengapakah orang suka bersolat malam?jawapannya adalah kerana mereka takutkan azab neraka.Mereka tahu airmata orang yg bermunajat kepada ALLAH pd waktu malam dapat memadamkan api neraka. Pada zaman nabi ada seorang lelaki yg mana apabila manusia tidur ,beliau bersolat dan membaca quran.Kemudian beliau berkata ,wahai tuhanku,selamatkanlah aku drpd neraka.Hal itu diberitahu kpd nabi,baginda kemudian pergi kepadanya dan mendengar doanya.Keesokan paginya baginda bertanya,hai si polan,adakah engkau tidak meminta syurga drpd ALLAH,?Individu itu menjawab,Ya Rasullulah,aku tidak layak ke sana dan amalanku juga tidak layak ke sana.Tidak lama kemudian ,Jibril turun dan berkata,Berilah khabar kepada si polan,ALLAH sudah menyelamatkannya drpd neraka dan memasukkannya kedalam syurga.


7) MENGHILANGKAN KEMURKAAN TUHAN DAN MENYEJUKKAN KEPANASAN API NERAKA

Solat,wirid,zikir,membaca al-quran dan lain2 amalan pd tengah malam adalah amalan2 yg dapat menghilangkan kemurkaan tuhan dan menjauhkan kepanasan api neraka.Hal ini di nyatakan dalam hadis yg direkodkan IBNU UMAR:
 Kerjakanlah solat malam walaupun hanya satu rakaat,sesungguhnya solat malam dapat mencegah dosa,menghilangkan kemurkaan tuhan,dan mendinginkan panasnya api pada hari kiamat.Pernyataan nabi juga menjelaskan keutamaan solat malam adalah sama dengan bersedekah secara rahsia.Ini bermaksud jika bersedekah secara rahsia dapat menghilangkan kemurkaan ALLAH,maka solat malam pun dapat menghilangkan kemurkaan ALLAH.RASULLULLAH SAW bersabda
 Allah mempunyai malaikat yg berseru setiap kali solat,Wahai anak Adam,berdirilah atas api yg engkau kobarkan pd diri kamu semua lalu padamkanlah api itu dengan solat.

 
8)DIKAGUMI DAN DICINTAI ALLAH
 Tuhan kagum dengan 2 jenis manusia
 a)orang yg bangkit drpd alas tidor dan selimutnya,meninggalkan orang yg dicintainya dan keluarganya bg mengerjakan solat 
 b)orang yg berperang dijalan ALLAH
 c)orang yg bermusafir bersama orang yg berkenderaan ,mereka bangun solat pd akhir malam dalam keadan susah dan senang
  


9)MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA
 
Nabi saw bersabda~Dua rakaat pada tengah malam itu dapat menghapuskan kesalahan.Drpd Umar b Abasah ,beliau bertanya kpd nabi,wujudkah waktu yg lebih utama daripada waktu lain?Baginda membalas Allah memberikan kemurahannya pada tengah malam,lalu dia mengampunkan dosa kecuali syirik



10)MEMENDEKKAN MASA BERDIRI DI PADANG MAHSYAR

Bagi mereka yg rajin qiamullail dengan ikhlas ,mereka tidak perlu berdiri lama dipadang mahsyar.Allah meringankan penderitaan mereka.Ini kerana didunia dahulu,mereka merasai lamanya berdiri bagi bersolat dalam kegelapan malam.Allah berfirman SURAH AL INSAN AYAT 26-27~
Pada sebahagian dari waktu malam itu ,sujudlah kepada tuhan dengan mengerjakan sembahyang dan bertasbihlah memujinya pada bahagian yg panjang dari waktu malam.Sesungguhnya mereka yg menentangmu itu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia serta mereka tidak menghiraukan bekalan hari akhirat yg berat penderitaannya bagi mereka yg tidak bertaqwa.



11)SALAH SATU PERKARA YG MEMBOLEHKAN MANUSIA MENDAPAT KEAMPUNAN


 Rasullullah saw bersabda setiap mata itu menangis mengenangkan hari kiamat kecuali mata yg sudah menangis kerana takut akn ALLAH,mata yg tercungkil di jalan Allah,mata yg dipejam drpd hal2 yg diharamkan Allah dan mata yg berjaga semalaman.Allah memuji2 amalan ini kepada para malaikat sambil
berkata lihatlah hambaku.Rohnya ada disisiku dan jasadnya berada pada ketaatan kepadaku.Badannya terpisah drpd tempat tidur.Dia berdoa kepadaku dengan rasa takut tidak diterima dan mengharap akan rahmatku.Saksikanlah...sesungguhnya aku mengampunkannya.
 


12)LEBIH BAIK DARIPADA DUNIA SEISINYA
 
Rasullullah saw bersabda 2 rakaat yg dilakukan anak Adam pada bahagian yg terakhir drpd malam itu lebih baik baginya drpd dunia dan apa yg ada didalamnya.Seandainya tidak kerana takut memberkati umat,maka saya akan mewajibkan amalan itu ke atas mereka.
Menurut hadis ini ,2 rakaat yg dilakukan pada waktu malam adalah lebih baik daripada dunia seisinya.Nilai dunia dan segala isinya berbentuk harta,kedudukan ,perniagaan dan segala yg menggiurkan serta menyeronokkan adalah tidak setanding dengan nilai solat dua rakaat yg dilaksanakan pada akhir malam.

0 comments:

Post a Comment